Sunday, September 30, 2012

9 Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak-anak

9 Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak-anak:

  1. Sebelum anak masuk tidur
  2. Ketika anak sedang tidur (bisik di telinga)
  3. Selepas anak bangun tidur
  4. Selepas anak mandi
  5. Selepas anak solat
  6. Selepas anak membaca Al-Quran
  7. Selepas anak berdoa
  8. Selepas anak beriadah
  9. Ketika emosi anak terangsang (cth: selepas dimarahi)

Sunday, September 23, 2012

Petua Untuk Anak Jadi Pintar

1. Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.

2. Baca surah al-Fatihah 1 kali


3. Baca Alam Nasrah 1 kali


4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.
 

5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda.

Friday, September 21, 2012

Thursday, September 13, 2012

Galakan Agar Ibubapa Bermain Bersama Anak Mereka

Pendahuluan
Alam kanak-kanak merupakan alam yang paling berharga dalam perkembangan hidup manusia. Banyak perkara di alam tersebut yang akan memberi kesan kepada pembentukan peribadi seseorang insan apabila mereka besar nanti. Salah satu kaedah pendidikan paling berkesan bagi kanak-kanak adalah menyertai mereka bermain. Bermain bersama anak dapat membantu mereka mengungkapkan apa yang terpendam di dalam hati mereka. Ia secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

Ikut Cara Rasulullah SAW
Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara beliau bermain dengan cucu-cucunya Hasan dan Husin; bagaimana kedua anak itu menaiki punggung beliau dan berjalan bersama beliau. Adakalanya beliau bermain bersama anak-anak Abbas. Semua itu menunjukkan betapa pentingnya kedua ibu bapa bermain bersama anak-anak mereka.

Diantara besarnya perhatian Rasulullah SAW terhadap ibu bapa untuk menemani anak-anak mereka bermain adalah terbukti dalam seruan umum beliau terhadap ibu bapa-ibu bapa seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Abu Sufyan:

Aku masuk menemui Muawiyah yang saat itu sedang berbaring telentang. Di atas dadanya ada anak kecil lelaki dan perempuan yang sedang bermain dengannya. Aku katakan, “Turunkan anak itu, wahai Amirul Mukminin.” Dia menjawab, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa memiliki anak kecil, hendaklah dia bermain dengannya.”

Peri pentingnya perkara ini jelas dizahirkan juga oleh Imam Al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya dengan memberikan satu bab khusus yang bertajuk “Bab Orang yang Membiarkan Anak Orang Lain Bermain atau Mencium dan Bergurau senda Dengannya.”

Diriwayatkan dari Ummu Khalid binti Khalid bin Sa’id:
Aku bertamu ke tempat Rasulullah SAW bersama bapaku. Aku mengenakan pakaian berwarna kuning. Rasulullah SAW telah mengucapkan kepadaku, “Sanah, sanah.” Abdullah mengatakan, “Dalam bahasa Abbesina ertinya: Bagus, bagus.” Aku pun bermain dengan cincin beliau, maka bapaku melarangku. Tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Biarkan dia.” Kemudian beliau lanjutkan, “Pakailah (pakaianmu) sampai rosak, pakailah sampai rosak, pakailah sampai rosak.” Abdullah mengatakan, “Pakaian itu terus dipakainya sampai berubah warna.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam komentarnya pada hadis ini mengatakan, “Bergurau senda dengan anak kecil dengan perkataan dan perbuatan, tujuannya untuk menjalin keakraban. Ciuman juga termasuk dalam kategori ini.” (Fathul Bari 13/31).

Dari Abu Hurairah RA:  Rasulullah SAW pernah menjulurkan lidah beliau kepada al-Husain; sehingga anak kecil itu melihat warna merah lidah beliau dan dia segera menghampiri beliau.
Ibnu Hibban meriwayatkan hadis ini dalam kitab Shahihnya dengan sanad yang hasan.

Antara contoh lain yang menunjukkan keakraban Rasulullah SAW dengan cucunya Hasan adalah apabila beliau membuka mulut dan meletakkan mulut Hasan di mulut beliau.

Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA:
Tidak aku melihat Hasan melainkan air mataku bercucuran keluar. Itu kerana Nabi SAW pada suatu hari keluar rumah dan bertemuku di masjid. Beliau menarik tanganku dan mengajakku pergi. Aku pun pergi bersama beliau. Beliau tidak berbicara sepatah kata pun sampai kami tiba di pasar Bani Qainuqa’. Beliau berjalan keliling pasar sambil mencari sesuatu kemudian beliau pulang. Aku tetap bersama beliau hingga kami tiba di masjid. Beliau duduk sambil memeluk kedua lututnya, kemudian bersabda, “Di mana Lukka’? Panggilkan Lukka’!” Maka datanglah Hasan dengan berlari-lari hingga duduk di pangkuan beliau dan memasukkan tangannya ke dalam janggut beliau. Nabi SAW membuka mulut beliau dan memasukkan mulut Hasan ke dalam mulut beliau. Setelah itu beliau berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya.”

Penutup
Kesimpulannya usahlah biarkan anak-anak bermain sendirian sepanjang masa. Walau sesibuk manapun ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk mereka. Bergurau sendalah dengan mereka. Cium dan usaplah pipi mereka. Usahlah terlalu bertegas dengan anak-anak hinggakan anak takut untuk bermain dengan kedua ibu bapa mereka. Ingatlah, zaman kanak-kanak adalah terlalu singkat. Masa yang pergi tidak mungkin diundur kembali!

Aplikasikan Cara Rasulullah Membina Keyakinan Dalam Diri Anak Anda

Rasulullah menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan berkeyakinan diri.
Di dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:

1.       Menguatkan Keinginan Anak
Kanak-kanak mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua perkara berikut:

a.)    Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: “Along, minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli ini!”

b.)    Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan keyakinan dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: “Tahniah! Angah dah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!”

2.       Membina Keyakinan Sosial
Apabila seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.

Aplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan tersebut. Contoh: “Along, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk Uncle Nizam tau!”

3.       Membina Keyakinan Ilmiah
Keyakinan ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.

Aplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.

4.       Membina Keyakinan Kewangan
Anak-anak yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam urusan menguruskan wang dan berbelanja.

Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa’id bin Abi Waqqas telah habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, “Ambillah tepung kemudian tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.”
Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih muda sedang melakukan transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.

Aplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut dengan betul.


Demikianlah dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya yang terbaik.

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
 
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

copy from :- 
http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam